Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul
Abidin musnah disyaki dibakar pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya
di Jalan Persiaran Wawasan di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi itu, bahagian enjin
kereta Honda Accord berwarna hitam itu terbakar sepenuhnya, lapor Utusan Online.
Turut terbakar tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu
manakala cermin belakang dan depan turut pecah.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd.,
pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung kejadian pada
pukul 6 pagi.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki
berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang
dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.
“Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak
bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kata Noor Mushar, pihaknya telah mengarahkan Unit Forensik
untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
0 Comments