Polis menasihatkan mufti Perlis agar lebih berjaga-jaga
kerana “situasi sedikit tegang” ketika ini ekoran kes kereta rasminya dibakar.
Ketua polis Perlis berkata tindakan itu amat perlu setelah
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin sendiri mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan
pengganas, lapor Harian Metro.
“Saya bukan berniat hendak takutkan dia (Mohd Asri), tapi
ini adalah realitinya,” kata Datuk Noor Mushar Mohd, yang mengarah anggotanya
mengawasi keselamatan Mohd Asri.
“Pihak polis tidak boleh memandang ringan akan dakwaan itu
meskipun motif kejadian lebih terjurus kepada unsur khianat dan dendam.”
Beliau berkata pihaknya turut giat memburu dua suspek warga
tempatan yang masih bebas.
Baca: Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar orang tidakdikenali awal pagi ini - Ketua Polis Kangar
Dalam kejadian 5.45 pagi Jumaat, kereta jenis Honda Accord
berwarna hitam Mohd Asri, yang diletakkan di kediamannya, terbakar pada
bahagian enjin.
Sementara tayar depan sebelah kiri selain cermin belakang
dan depan dipecahkan. Turut ditemui bahagian botol yang mengandungi petrol yang
dipercayai untuk membakar.
0 Comments