Gambar Hiasan
Dua pelajar tahfiz lelaki berusia sembilan dan 15 tahun didakwa diliwat warden asrama di pusat pengajian itu dekat Kangar sepanjang bulan lalu.
Manakala tiga pelajar lagi didakwa dipaksa melakukan seks oral dan menonton video lucah bersama suspek berusia 30-an di biliknya, lapor Harian Metro.
Ketua polis Perlis berkata aduan seorang guru tahfiz memaklumkan seorang mangsa, 15, melaporkan kejadian itu kepadanya kerana tidak tahan diperlakukan sejak awal April.
Datuk Noor Mushar Mohd juga berkata siasatan dalaman sekolah mendapati empat lagi pelajar berusia sembilan hingga 12 tahun menjadi mangsa, salah seorangnya diliwat berulang kali sejak awal bulan itu.
“Suspek meliwat mangsa yang berusia 15 dan sembilan tahun, manakala selebihnya dipaksa melakukan seks oral,” katanya.
Katanya mangsa turut dipaksa memeluk dan mencium mulut dan diugut pukul supaya tidak membocorkan perkara itu kepada sesiapa.
Polis sedang giat memburu suspek untuk membantu siasatan kes bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, katanya lagi. - Projek MM
0 Comments