Letak Nota Depan Sejadah Sebagai Panduan, Pemuda Dipercayai Baru Peluk Islam Belajar Solat Buat Netizen Tersentuh



Meskipun dipercayai baru memeluk Islam, seorang pemuda di Amerika tetap berusaha menunaikan tuntutan agama, yakni mendirikan solat.

Gambar pemuda itu telah mendapat perhatian hampir 70,000 warga maya yang tersentuh dan kagum melihat usaha beliau mempraktikkan solat walaupun terpaksa berpandukan sekeping kertas.

“Saudara Amerika ini baru sahaja memeluk Islam baru-baru ini, ditemui di sudut masjid dan cuba sebaiknya untuk belajar solat dengan sekeping kertas di hadapannya.

“MashaAllah, moga Allah cekalkan (hatinya) dengan Islam. Ameen,” tulis AbdelRahman9399 di akaun Twitter miliknya.

Perkongsian beliau telah menarik perhatian ribuan netizen yang meninggalkan komen positif sekaligus mendoakan pemuda berkenaan.



 

Ini niat yang paling murni insyaAllah

Moga Allah bantu beliau di jalan yang benar

Moga Allah permudahkan beliau


Sumber: AbdelRahman9399

Post a Comment

0 Comments