Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menjadi individu pertama untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila program vaksinasi dilaksanakan di Malaysia.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada hujung bulan ini menerusi penghantaran pertama vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech yang dijadualkan tiba di negara pada Februari.
Kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia di bawah program tersebut yang melibatkan tiga fasa.
Difahamkan, fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.
PM @MuhyiddinYassin akan menjadi orang pertama untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila program vaksinasi dilaksanakan di Malaysia - @Khairykj pic.twitter.com/qB4YIDGLYA
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) February 11, 2021
Sumber: Bernama TV
0 Comments