KUALA PERLIS, 9 Februari : Seorang wanita berusia 60 tahun ditemukan maut disyaki menggantung diri di sebuah kedai makan di persisiran pantai Kuala Perlis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Wari Kiew memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7:35 pagi tadi.
Mangsa ditemukan tergantung oleh seorang lelaki yang sedang berjogging di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis serta Balai Polis Kuala Perlis.
Siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumahnya pada 6:00 pagi tadi untuk pergi ke kedai berhampiran, tetapi tidak pulang ke rumah.
Tiada sebarang unsur jenayah dikesan namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat.
Sumber: RTM
0 Comments