Covid-19: Raja Perlis Perkenan Batal Sambutan Ulang Tahun Keputeraan


Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-78 yang akan diadakan pada 17 Julai ini dibatalkan.

Kerajaan negeri menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu diperkenan oleh baginda setelah mengambil kira situasi semasa Covid-19.

"Baginda mengambil maklum bahawa situasi semasa pandemik Covid-19 masih berbahaya untuk mengadakan program perayaan seperti Ulang Tahun Keputeraan baginda," menurut kenyataan itu.

Tuanku Syed Sirajuddin membuat keputusan sama tahun lepas apabila negara mula dilanda gelombang pertama pandemik Covid-19 pada awal 2020.

- Bernama

Post a Comment

0 Comments