Lelaki Ini Mulanya Pecah Masuk Untuk Mencuri, Tetapi Sebaliknya Ditawarkan Kerja Oleh Pemilik Restoran


Pemilik sebuah restoran dilapor terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi siren dan melihat seorang lelaki memasuki restorannya dengan memakai
 hoodie melalui rakaman CCTV. Lelaki terbabit memasuki restorannya dengan membaling batu untuk memecah pintu kaca restorannya.

Lelaki berhoodie itu membuka mesin juruwang tetapi tiada wang ditemui. Walau menanggung kerugian kerana kerosakkan yang berlaku, Carl Wallace (pemilik) tidak melaporkan ke pihak polis sebaliknya menawarkan pekerjaan untuk lelaki itu. Kejadian dilaporkan berlaku di Augusta, Georgia yang secara kebetulan berlaku pada ulang tahun kelahirannya.

Saya menyedari bahawa dia bukanlah perompak yang ‘bagus’, dan ada pekerjaan lain lebih sesuai untuk dia” kata Wallace.

 Start-->

Wallace berkongsi kejadian berkenaan di laman facebook dan turut meninggalkan nombor telefon peribadinya serta berharap status itu sampai ke pengetahuan perompak tersebut dan menghubunginya kembali.

“Tiada polis, tiada soalan. Mari kita duduk dan berbincang bagaimana untuk memperbaiki kerosakkan yang kamu lakukan”, kata Wallace lagi.

Perkongsiannya pantas menjadi viral dan turut mendapat liputan dari pelbagai media, termasuk media luar negara.

Pemilik premis yang rapat dengan Wallace juga berkongsi rakaman CCTV kedai mereka dirompak dan mereka meyakini ia dilakukan oleh individu yang sama.

Kata Wallace lagi, ia akan menjadi satu kisah yang sangat indah jika dia mampu mengubah perjalanan hidup lelaki tersebut ke arah yang lebih baik.

”Mungkin lelaki ini tidak pernah mendapat peluang untuk berubah. Boleh jadi juga, hidupnya dipenuhi dengan kesukaran,”.

Sumber: Daily StarFacebook


Post a Comment

0 Comments