Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 20,670 kes COVID-19 positif pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara turut meningkat kepada 1,384,353 kes setakat ini.
Berdasarkan statistik KKM, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi dengan 6,606 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 2,208 kes dan Kedah 1,796 kes.
Dalam pada itu, sebanyak lapan negeri mencatatkan kes lebih 1,000 iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak, manakala Perlis pula terus merekodkan kes dua angka dengan 61 kes baharu dilaporkan.
Kes sembuh serta kematian baharu akan dimaklumkan dalam kenyataan selanjutnya.
Sumber: KKM
0 Comments