Menerusi perkongsian lelaki tersebut, pada mulanya dia ternampak kelibat dua beradik ini yang sedang minum air paip. Apabila diamati, salah seorang daripada dua beradik ini terpaksa dijadikan ‘tangga’ untuk mencapai paip air yang tinggi.
Nak kongsi cerita menyentuh hati chef hari ini, saya ternampak dua beradik tengah minum air paip, abang panjat belakang adik buka paip air sambil minum air paip.
Prihatin melihat situasi tersebut, lelaki ini bertindak memberikan makanan dan minuman buat dua beradik ini bagi mengalas perut mereka.
Hati chef rase nak menangis tengok adik-adik tu. Kejadian berlaku betul-betul berhadapan tempat niaga saya.
Saya panggil dua-beradik tanya nak makan burger tak, dengan senyum manis beritahu nak. Tanya nak minum air apa, abang nak minum air milo adik pula nak air sirap je. Alhamdullilah seronok bila kita berkongsi rezeki bersama. Saya doakan semoga adik-adik ni sentiasa dilindungi Allah. Amin.
Sayu hati tengok




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar dua beradik ini terus dimurahkan rezeki.
Sumber: Hafiz Fizzainal via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official
0 Comments