Usahawan terkenal Alif Syukri dan ibunya Bonda Rozita pengasas Sendayu Tinggi menangis di luar hospital kerana tidak dapat melawat neneknya yang kritikal di wad hospital.
Dalam rakaman video tersebut, terlihat Alif dan ibunya menangis di luar hospital kerana tidak dapat masuk ke wad melihat neneknya yang kritikal akibat penyakit buah pinggang.
Doktor dan petugas kesihatan melarang waris melawat pesakit kerana bimbang akan penularan Covid-19 daripada waris kepada pesakit.
Alif Syukri berasa terkilan kerana tidak dapat memegang atau menemani neneknya ketika waktu kritikal tersebut. Dato' Seri Alif sangat rapat dengan neneknya yang dianggap seperti ibu kerana beliau membesar dan dijaga neneknya ketika masih kecil lagi.
Keadaan nenek Alif Syukri hanya 50-50 dan ini mencemaskannya. Beliau ingin membawanya ke hospital Kuala Lumpur namun kesihatan neneknya tidak mengizinkan untuk perjalanan panjang .
Warga net turut mendoakan nenek Alif Syukri segera sembuh dan kembali seperti sedia kala aminn.
0 Comments