Kesan Pemanasan Global, Tasik Aksehir Di Turki Kering Kontang, Sehingga Boleh Jadi Laluan Kenderaan


Sebuah tasik utama di wilayah Konya, Turki dilapor telah kering-kontang hingga membolehkan kereta lalu di dasarnya seakan di atas jalan raya.

Tasik Aksehir yang berkeluasan 350 kilometer persegi itu pada asalnya merupakan sumber air bersih yang penting untuk kegunaan penduduk di beberapa wilayah.

Malah pakar turut berpendapat, tasik berkedalaman enam meter itu juga mempunyai ekosistem yang penting selain menjadi sumber perikanan bagi nelayan tempatan. Profesor Geologi di Universiti Konya, Tahir Nalbantchilar berkata, ia kini telah mengering disebabkan faktor pemanasan global dan gangguan sumber air buatan.

“Kita boleh lihat kesan daripada perubahan iklim dan pemanasan global di Tasik Aksehir. Selama ini ia dipenuhi oleh air hujan dan sumber air lain yang mengalir ke arahnya.

Tapi perubahan iklim juga bukanlah satu-satunya punca ia menjadi sedemikian. Terdapat juga telaga air buatan di sekitarnya yang digali penduduk untuk mengairi ladang mereka,” katanya.

Menurutnya, telaga-telaga ladang tersebut giat digali saban tahun hingga kedalaman dasarnya mencapai kira-kira 150 meter ke bawah setakat ini. Tahir berkata, usaha untuk menyelamatkan semula tasik tersebut mungkin sudah terlambat.

Post a Comment

0 Comments