Masjid Di Perlis Dibuka Sepenuhnya Mulai Subuh 22 September

Masjid-masjid di seluruh negeri Perlis diarahkan untuk dibuka sepenuhnya dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan diperketatkan berkuat kuasa mulai waktu Subuh 22 September ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah sedemikian setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Semua masjid di seluruh Negeri Perlis adalah tertakluk kepada Arahan Pembukaan Sepenuhnya Masjid Di Negeri Perlis dan Pelaksanaan SOP Diperketat Pengimarahan.

“Sehubungan itu, semua masjid dalam Mukim Kuala Perlis dan Mukim Sanglang turut dibuka dan arahan pengimarahan secara terhad di mukim-mukim tersebut dengan ini dibatalkan.

“(Bagaimanapun) sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, mana-mana surau atau tempat solat umum/awam tidak dibuka. Larangan ini termasuk kepada agensi, institusi, parti, maahad tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada pihak MAIPS melalui JAIPs,” titahnya.

Seiring kebenaran ini, difahamkan hanya anak kariah yang telah menerima suntikan vaksin lengkap sahaja yang dibenarkan hadir ke masjid, manakala bagi petugas pula, mereka dilarang keluar dari kariah untuk menunaikan solat atau hadir mengimarahkan masjid di kariah lain.

Dalam masa sama, walaupun syarat-syarat tersebut dilengkapi, namun pegawai bertugas dan jemaah masjid turut dilarang untuk hadir ke masjid sekiranya terdiri daripada golongan berikut.

“(Iaitu) mereka yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan atau negeri, sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran, termasuk yang berulang-alik bekerja pada setiap hari walaupun telah lengkap dua dos suntikan. Larangan ini adalah selama tempoh dua minggu dari tarikh terakhir merentas sempadan negeri.

“Ahli keluarga mereka yang tinggal bersama dengan golongan yang melakukan rentas sempadan melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin.

“(Selain itu) golongan yang berstatus PUI (Person Under Investigation), PUS (Person Under Surveillance) dan mereka yang memiliki risiko untuk dijangkiti, serta golongan yang mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selsema dan sebagainya,” tambahnya.

Bagi aktiviti pengimarahan pula, semua solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat jenazah adalah dibenarkan, manakala kuliah-kuliah agama, kelas pengajian dan ceramah juga turut dibenarkan dengan pematuhan SOP kehadiran.

Dalam masa sama, akad nikah juga boleh dilaksanakan di dalam masjid dengan pematuhan SOP yang ketat, selain jamuan makanan turut dibenarkan dengan cara edaran makanan berbungkus (tanpa menggunakan polisterin dan meminimakan plastik sekali guna) untuk dibawa pulang sahaja.

“Bagi mereka yang bermusafir, solat sebolehnya dilaksanakan di tempat penginapan. Namun begitu bagi aktiviti musafir tanpa penginapan di Perlis, ruang solat disediakan di anjung luar masjid pada tiga waktu seperti berikut.

“Jam 5.30 petang hingga 6.30 petang untuk solat Jamak Taakhir Zohor dan Asar; jam 9.30 malam hingga 10.30 malam untuk solat Jamak Taakhir Maghrib dan Isyak dan bagi solat Subuh, ruang berkenaan disediakan pada jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi,” tambahnya.

Jelasnya, para musafir perlu mematuhi SOP termasuk membawa sejadah sendiri, serta menunaikan solat berjemaah yang terhad bilangannya tiga orang dan hanya melibatkan mereka yang bermusafir dalam kenderaan yang sama sahaja.

**untuk kenyataan penuh, sila klik pada pautan INI

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

Post a Comment

0 Comments