Bekas atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli dijangkiti Covid-19 dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Perkhabaran itu dikongsi menerusi Facebook Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang turut memaklumkan Muslifah kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Gleneagles Medical Centre, Pulau Pinang.
“Pada 17 September yang lepas, saudari Muslifah Zulkifli bekas atlet menembak UiTM dan negara disahkan positif Covid-19.
Muslifah yang berasal dari Pulau Pinang pernah mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan antarabangsa termasuk Sukan Komanwel di Glasgow pada 2012, selain pernah meraih beberapa pingat di pentas Sukan Sea. – Malaysiapost
0 Comments