“SANGKUT baju ke hidung?” begitulah kata-kata yang dil0ntarkan kepada seorang gadis ketika berada di sekolah.
Rakaman video berdurasi 11 saat itu memaparkan ej3kan yang diterima kerana paras rupanya.
Visual tersebut meraih lebih 90,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Berkongsi cerita kepada mStar,Farah Alway, berkata, hidungnya sering menjadi perhatian ramai kerana keluarganya yang mempunyai d4rah kacvkan masyarakat Timur Tengah.
Jelasnya lagi, dia mula di3jek seawal usia sembilan tahun ketika bersekolah di Maahad Darul Anuar, Kampung Pulau Melaka, Kelantan
“Sebenarnya video itu tentang bentuk hidung saya, itulah benda yang pertama sekali orang akan t3gur kalau pergi ke mana-mana.
“Sebab ibu bapa saya mix, abah keturunan Arab Yemen dan mama pula Arab campur Pakistan,” katanya yang berasal dari Kelantan dan menetap bersama keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Mesra disapa Farah, katanya, dia sering di3jek dengan pelbagai gelaran, malahan kembarnya, Farhan juga tidak terl3pas daripada perkara tersebut.
Bagaimanapun, ibu bapanya iaitu Yusnita Yunus, 40 dan Alway Jaafar, 65, merasakan perkara itu adalah normal memandangkan mereka berdua berketurunan Arab.
“Mereka ej3k hidung saya dengan bermacam-macam panggilan seperti ahli slhir, jual karpet, anak Bangla, hidung panjang, penyangkut baju dan Pin0cchio.
“Perasaan waktu itu memang sangat kec3wa dan sering menangls kerana masih kecil lagi masa tu. Kedua ibu bapa tahu yang anaknya selalu di3jek, cuma kadang-kadang terkejut kalau saya balik dalam keadaan menangls.
Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hati pun.
FARAH ALWAY
“Tapi mereka cakap normal saya di3jek sebab ada keturunan Arab. Saya tidak balas pun ej3kan itu, tapi akan bercerita pada mama.
“Saya bersyukur kerana ej3kkan itu tidak memberi k3san kepada kesihatan m3ntal. Lagipun saya sekelas dengan kembar saya, jadi tak adalah rasa seorang diri sangat,” ujarnya yang menolong ibunya menjalankan bisnes menjual pakaian secara online.
Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, ibunya sering memberi kata-kata semangat kerana dia juga pernah melalui perkara yang sama.
Farah berharap sesiapa yang di3jek kerana paras rupa supaya banyak bersabar kerana kita tidak dapat meng4wal apa yang keluar dari mulut seseorang.
“Mama yang banyak memberi semangat sebab saya seorang sahaja anak perempuan mama, Farhan tak di3jek teruk sangat kerana dia lelaki.

“Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hatl pun. Malah saya dengan hati terbuka memaafkan sesiapa sahaja yang pernah hlna atau ej3k saya.
“Kepada mereka yang berketurunan seperti saya, harap anda semua bersabar. Sebab benda macam ni tak boleh di3lakkan dan mulut orang kita tak boleh nak tutup,” katanya.
sumber: mstar
0 Comments