Pendatang baru, Imran Aqil,22, yang pernah menjalinkan hubungan dengan tunang Yonnynoii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi itu.
Imran yang juga penyampai radio segmen Hotflix itu menjelaskan masih memerlukan masa untuk pulih daripada kegagalan cinta yang disemai selama dua tahun bersama bekas kekasihnya, Nik Nazira.
“Jika boleh saya tidak mahu lagi memandang ke belakang, sebaliknya saya ingin bergerak terus ke hadapan. Cuma mungkin saya masih memerlukan masa kerana semuanya masih baru lagi.
“Tipulah jika saya tidak terkesan kerana kami berdua bercinta hampir dua tahun yang baru saja berakhir 9 September lalu. Apatah lagi, kami adalah kawan bermain ‘game’ bersama.
“Apa yang boleh saya katakan ketika ini adalah dengan mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan mereka berdua,” kata Imran.
Difahamkan, majlis pertunangan berkenaan berlangsung secara ringkas diadakan di ibu negara yang hanya dihadiri kenalan terdekat.
0 Comments