Lumrahnya, perselisihan faham di dalam hubungan cinta itu adalah perkara yang biasa. Semakin lama hubungan itu, semakin banyak perangai pasangan kita yang dapat dilihat baik yang elok ataupun tidak elok.
Tambahan pula jika mendapat pasangan yang manja dan sering inginkan perhatian sepanjang masa, para lelaki haruslah pandai mengawal situasi jika bergaduh dengan mereka.
Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan sepasang kekasih bergaduh di tepi jalan telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Ingatkan motor habis minyak, rupa-rupanya tengah pujuk awek. Menerusi perkongsian video daripada @myname_myme, kelihatan lelaki itu sedang mengheret motornya di tepi jalan.
Pada awalnya, si perakam ingatkan motor lelaki itu kehabisan minyak. Rupa-rupanya bila dilihat, lelaki tersebut sedang memujuk kekasihnya yang merajuk.
@myname_myme Untung digendong ,kalau ditinggal pasti nangeeeesss..🙈 #GauthmathPower #kocakabis
♬ Funny Laugh no no no - Sound Effect
Lebih menarik perhatian, setelah penat melayan kerenah kekasihnya, lelaki berkenaan akhirnya mengambil tindakan untuk mengangkat gadis itu ke atas motor secara paksa.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu menyelesaikan masalahnya. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.
sumber: says
0 Comments