Tindakan penyanyi terkenal, Faizal Tahir mengislamkan seorang lelaki warga New Zealand menerima pujian rakan artis dan pengikut di laman Instagram.
Menerusi platform media sosial itu, dia yang sinonim menghasilkan lagu mesej berunsur dakwah memuat naik satu video memaparkan dirinya mengislamkan Leslie Robert Ellis di Cameron Highland, baru-baru ini.
Kata pemilik nama Ahmad Faizal Mohammad Tahir, lelaki tersebut merupakan pemilik kandang kuda yang sudah menyimpan hasrat selama 12 tahun untuk memeluk Islam.
Ini kali pertama saya diberi peluang oleh adik saya, Anas dan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk membimbing seorang saudara baharu memeluk Islam.
Ceritanya… pagi Isnin itu saya dapat mesej dari pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja.
Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda berkenaan dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam.
Alhamdulillah dapat membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya.
“In Islam, we are brothers. And when we are brothers, we do not abandon each other. InshaAllah,” tulis penyanyi berusia 42 tahun itu.
Difahamkan, penyanyi lagu Assalamualaikum itu menjayakan proses tersebut bersama beberapa pasukan dari sebuah pertubuhan bantuan serta bimbingan saudara baharu iaitu Hidayah Centre Foundation.
Sebelum ‘mat salih’ itu memeluk Islam, Faizal menerangkan terlebih dahulu maksud atau makna di sebalik keindahan dua kalimah syahadah agar semuanya jelas apabila dilafazkan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan rasa syukur atas tindakan murninya itu selain sebak melihat keindahan momen tersebut apabila saudara baharu memilih Islam sebagai pegangan hidup.
Terdahulu pada Rabu, bapa Faizal iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh.
Sepanjang hayatnya, arwah bergerak aktif sebagai aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan negara Arab yang bergolak selain merupakan bekas pensyarah di Universiti Malaya (UM).
Sumber: Instagram Faizal Tahir & Hidayah Centre Foundation
0 Comments