Solat diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf dan akil baligh. Ia ialah amalan pertama dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Namun, tidak semua daripada umat Islam mengambil berat tentang ibadah ini walaupun tiada halangan untuk diri mereka mengerjakannya, meskipun ia tidak mengambil masa yang lama.
CACAT TAPI TETAP GIGIH SOLAT
Berbeza pula dengan seorang kanak-kanak lelaki yang videonya tular di media sosial ini. Walaupun mempunyai kekurangan fizikal, kanak-kanak ini sedaya-upaya cuba untuk mengerjakan solat dengan sempurna.
Bayangkanlah, dalam keadaan kaki yang cacat dan kudung kedua-dua belah tangan, dia masih cuba untuk berdiri dengan betul seperti orang normal yang lain.
BEGITU SUSAH NAK SOLAT…
Jika dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, boleh dilihat betapa susahnya kanak-kanak itu mahu mengerjakan solat, lebih-lebih lagi di dalam keretapi yang sedang bergerak.
Jadi apakah alasan kita untuk tidak mengerjakan solat? Sebagai manusia yang dikurniakan kesihatan dan tubuh badan yang sempurna, kita sepatutnya merasa malu jika masih liat untuk melakukan ibadah seperti solat lima waktu ini.
0 Comments