Selain melaksanakan kewajipan, solat berjemaah sudah pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga
Namun begitu, mengimbau masa zaman kecil dahulu, kita memang mempunyai sifat nakal dan tidak boleh fokus semasa solat. Lebih-lebih lagi, jika solat dengan adik-beradik atau rakan-rakan yang suka mengacau.
Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang budak lelaki dilihat ditepuk oleh ayahnya semasa solat berjemaah telah mencuri tumpuan ramai.
@potatocarut Kan dah kena😂#fyp #fypシ #viral #mememalaysia #tiktokundiscovered #foryoupage #lawakmalaysia
♬ original sound - ANAS®
Tak habis borak dengan abang, sekali kena ‘tepuk’ dengan ayah
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang solat berjemaah di ruang tamu rumah mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua adik-beradik lelaki dilihat rancak berbual dan usik mengusik sehinggakan mereka tidak boleh fokus solat.
Lebih menghiburkan lagi apabila ayahnya bertindak menepuk sebagai tanda marah. Kanak-kanak lelaki itu dilihat terus berdiam seperti kelihatan ingin menangis.
“Tu baru permulaan dik, nanti bapak kau dah siap solat habislah” – Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang merasa puas. Ada juga yang sempat menyakat mereka.
sumber: says
0 Comments