Wanita Muslim di Malaysia mungkin tidak mempunyai masalah untuk memakai tudung, namun bagi sesetengah negara yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam, ia menjadi satu halangan kepada wanita di sana untuk menutup aurat.
Ini kerana, gejala Islamofobia yang masih menebal menyebabkan umat Islam sentiasa dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam.
Dalam satu kejadian yang berlaku di Perancis, seorang wanita yang beragama Islam menemani anak lelakinya menghadiri rombongan lawatan sambil belajar yang dianjurkan pihak sekolah ke dewan parlimen negara itu.
Malangnya, salah seorang ahli politik, Julien Odoul tidak senang duduk melihat wanita berkenaan yang memakai tudung lalu dia dengan sengaja memberi kata-kata berbaur provokasi dan penghinaan terhadapnya.
Menerusi satu video yang tersebar, anak lelaki wanita itu dilihat mula menangis kerana sedih mengenangkan ibunya yang diperlakukan sedemikian rupa.
Namun, wanita itu tetap dengan pendiriannya untuk tidak membuka aurat, malah menenangkan anaknya agar tidak menangis sementara mereka yang lain bertepuk tangan.
Kejadian yang berlaku ke atas wanita itu bukanlah sesuatu yang baru di negara sekular.
Perkara berbaur rasis inilah yang menyebabkan berlaku pelbagai bantahan oleh masyarakat Islam minoriti. Hakikatnya, itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh mereka.
0 Comments