Kuala Lumpur: Perkongsian video penyampai radio Suria FM, Tuah Zolqarnain Idris atau Tyzo bersama ibunya menyentuh hati ramai pihak.
Video yang dimuat naik itu memaparkan Tyzo mengangkat ibunya dari katil ke kerusi yang diiringi petikan lagu Mawar Putih Untuk Mama nyanyian Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah mendapat lebih 12,000 tontonan di Instagram.
Tyzo ketika dihubungi berkata, dia berkesempatan pulang ke Ipoh dua hari lalu untuk melawat ibunya, Hasnah Shaari, 79, yang kini di bawah jagaan adik-beradiknya yang lain.
“Lepas habis bertugas jam 7 malam kelmarin, saya terus pecut balik ke Ipoh untuk tengok emak. Selepas jumpa dia, saya balik semula ke Kuala Lumpur pada tengah malamnya.
“Sebelum ini emak tinggal di Kuala Lumpur. Namun, baru-baru ini dia tak boleh nak berjalan dan dihantar balik ke Ipoh. Dia bukan lumpuh cuma dah tak boleh berjalan.
“Tak tahu nak cakap macam mana kerana badannya panas sampaikan setiap hari selama tiga bulan terpaksa diletakkan ais di badannya. Emak juga perlu menggunakan lampin pakai buang,” katanya kepada Harian Metro.
“Mungkin ambil masa sikit untuk dia pulih. Cuma ia buat kami adik-beradik agak terkesan kerana hari-hari mereka kena angkat dia terutamanya abang saya untuk memandikannya.
“Saya pula cuba sembunyikan perkara ini daripada orang lain. Orang nampak saya gelak ketawa masa bersiaran, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Takkan hari-hari saya nak beritahu orang saya tengah sedih? Nanti orang benci pula,” katanya.
Menurutnya, video ini dimuat naik sebagai kenangan buatnya.
Ada benda yang mungkin orang tak tahu di sebalik ceria saya. Orang tak tahu apa yang berlaku jauh di sebalik hati saya. Kesakitan yang kita lalui. Lagipun memang tiada sangat detik dengan emak kerana saya jarang kongsi. Tapi hari itu memang saya terasa nak kongsi sangat. Sebelum ini saya jarang nak kongsi hal keluarga dengan peminat,” kata anak keenam daripada tujuh beradik ini.
Komen-komen netizen
saba_168 – sebak tgk…Doa utk mak Tyzo dikurniakan kesihatan yang baik
azwana_maslan – sebaknya….bagusnya abg tyzo…jaga mak ye
shalawatims – semoga Cikgu Hasnah terus diberikan kesihatan berpanjangan.
zazazalehazainudin – sedih la ……..@tyzoxander Patut tadi bgth @shieraijoy nk blk kmpg tgk mak . Semoga diberi kesihatan yg baik bt mak tyzo
mizariana – Moga mak @tyzoxander Cepat sembuh yer Amin yra
ilyashwariya – Tahniah dpt jumpa mak akhirnya semoga maknya dlm lindungan allah cepat sembuh
Sumber Hmetro via two.e-kesah
0 Comments