Satu video yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah lori treler telah menjadi tular di media sosial.
Video yang dirakam daripada kamera dashcam sebuah kereta itu menunjukkan kepala sebuah lori yang berada di lorong kiri jalan secara tiba-tiba memusing dan memasuki lorong kanan.
Hal itu telah menyebabkan kereta yang merakam video berkenaan hampir merempuh lori tersebut.
Mujur pemandu kereta itu bertindak pantas selepas melihat pergerakan lori berkenaan.
Lori tersebut seakan-akan dilihat hilang kawalan. Namun jika diamati semula video terbabit, pemandu lori itu mungkin memusingkan kepala lori dipercayai untuk mengelak sebuah kereta.
Bentuk seakan kereta bewarna putih dapat dilihat dibahagian bawah lori tersebut ketika terbabas. Berdasarkan rakaman tersebut, tidak dapat dipastikan situasi kereta berkenaan, bagaimanapun ia kelihatan seperti baik-baik sahaja.
Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan mahu pun keadaan pemandu lori berkenaan.
Walaupun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 160 ribu kali.
0 Comments