Walaupun Tidak Ambil Vaksin, Pergerakan Rentas Negeri Tetap Boleh Berlaku, Ini Penjelasannya

Rentas negeri semakin hampir, hanya 1.6 peratus untuk capai 90 peratus vaksinasi

Berbaki 1.6 peratus untuk mencapai kadar lengkap 90 peratus vaksinasi Covid-19 populasi dewasa apabila semalam merekodkan jumlah 88.4 peratus.

Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran awal bahawa sasaran 90 peratus boleh dicapai sekurang-kurangnya minggu ini seperti menepati hasrat kerajaan untuk membenarkan rentas negeri jika tercapai.

Menurut laman CovidNow, sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima vaksin Covid-19.

Selain itu 94.5 peratus sekurang-kurangnya satu dos.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Sekitar sidang media Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin,

Menteri kesihatan ada menyatakan bahawa walaupun belum divaksin atau tidak mahu ambil vaksin masih boleh rentas negeri sekiranya sekatan itu ditarik balik. Menteri juga beri jaminan tidak akan ada sekatan jalan raya sekiranya rentas negeri dibenarkan. Ini untuk mengelakkan daripada kesesakan melampau.

SOP sedia ada akan terpakai kepada semua rakyat Malaysia. Contohnya jika hendak makan di kedai masih perlu menerima vaksin.

Menteri mengakui tiada cara untuk mengawal pergerakan yang belum divaksinasi.

Video,

Terdahulu,

Rentas negeri akan dibenarkan beberapa hari lagi, Dr Noor Hisham nasihat ambil semua langkah berjaga-jaga

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi.

Menerusi ciapan di laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan itu, beliau memaklumkan bahawa larangan rentas negeri akan ditarik semula dalam masa beberapa hari lagi.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan supaya semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ nasihat buat ujian sendiri sebelum rentas negeri, balik kampung

“Adalah penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan penjarakkan fizikal meskipun mereka telah divaksinasi.

“Lakukan ujian kendiri air liur RTK secara berkala bagi menjaga keselamatan orang tersayang dan keluarga,” tulis beliau di laman Twitter, awal pagi Khamis.

Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan rakyat merentas negeri setelah 90 peratus daripada populasi dewasa telah divaksin dan setakat Rabu, angka tersebut mencecah 88.8 peratus.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian Covid-19 sebelum menziarah ahli keluarga.

“(Hanya) 1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat,” tulis Khairy di laman twitter.

Beliau juga berkata, kini adalah masa untuk setiap orang bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sekatan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.

“Sekarang ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” katanya.

Kerajaan Beli Ubat Antiviral, Siap Sedia Ke Fasa Endemik?

Kementerian Kesihatan (KKM) baru saja menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) bagi pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme.

Menurut laporan Kosmo, kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap untuk merawat pesakit yang positif menerusi perjanjian itu dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menambah pilihan rawatan inovatif ini adalah persediaan apabila negara melakukan peralihan ke fasa endemik selain penggunaan vaksin untuk hidup bersama virus.

Kajian yang dijalankan oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain turut berkesan ke atas varian-varian virus yang lebih ganas seperti gamma, delta dan mu.

Katanya lagi, sekiranya ubat ini berkesan, vaksin masih diperlukan lagi dam usaha pencegahan dan kawalan penularan wabak yang melanda.

Dah pelbagai usaha yang cuba kerajaan buat. Apapun, kita juga kena usaha sama untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak ini.

Sumber Mstar

Post a Comment

0 Comments