Ramai Tanya Pelakon Popular 'Yeh Sekupang' Sakit Apa Sebelum Meninggal Dunia

Selain nama Yeh Sekupang gelaran Rab Khalid juga dipanggil ketika sesi penggambaran mahupun di luar penggambaran. Nama sebenar diberi ibu dan ayah ialah Khalid bin Shamsuri, dilahirkan pada 5 Disember 1970.

Gelaran Yeh sekupang lekat terus padanya kerana nama dalam lakonan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. Beliau dilahirkan di Parit Buntar Perak.

Beliau mempunyai enam beradik dan anak kedua daripada semua, dengan lakonan bersahaja dan berkomedi namanya meningkat naik mula dari karya Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa. 

Pemergian Yeh Sekupang Amat Dirasai - Mamat Khalid 

Pengarah, Mamat Khalid membatalkan penggambaran supertelefilem 17 Puasa yang sepatutnya bermula semalam selepas pemergian seorang pelakonnya, Khalid Shamsuri atau Rab Khalid.

Katanya, kehilangan pelakon yang membawa karakter Yeh Sekupang bermula dalam filem Estet dan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan arahannya begitu dirasai seluruh produksi hingga sukar untuk dia meneruskan penerbitan drama satira itu.

"Rab bukan hanya pelakon, malah arwah yang saya kenali sejak 1999 ketika menjadi jurukamera sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Arwah adalah kawan yang sentiasa menyenangkan semua orang.

"Saya meminta arwah beraksi di depan kamera ketika penggambaran filem Estet, namun pada masa sama turut bertanggungjawab sebagai pembantu pengarah. Rab punya bakat tersendiri dan sejak itu, banyak filem lain yang dibintanginya.

"Paling mengesankan apabila arwah melakonkan karakter Yeh Sekupang dalam Rumah Pusaka Di Simpang Jalan hingga saya saya mengekalkan karakter itu dalam supertelefilem arahan saya bermula 15 Puasa, disusuli 17 Puasa. Apabila arwah pergi, tiada sesiapa yang boleh menggantikan watak itu," katanya.

Rab yang sinonim dengan filem terbitan Mamat menghembuskan nafas terakhir di Unit Penjagaan Koronari (CCU), Hospital Ampang akibat serangan jantung kira-kira jam 4.15 petang semalam. Jenazah Allahyarham yang berasal dari Parit Buntar, Perak dikebumikan di kampungnya.

Selain Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, watak Yeh Sekupang turut 'melekat' dalam beberapa produksi lain termasuk Hantu Kak Limah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya.

Sementara itu, kata Mamat pihaknya kini dalam perincian menghasilkan sebuah produksi lain bagi menggantikan 17 Puasa yang sepatutnya disiarkan pada Ramadan tahun ini.

Pada masa sama, Mamat turut berhasrat mendedikasikan filem terbarunya, Hantu Kak Limah 3 yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi kepada Allahyarham.

"Arwah turut berlakon dalam filem ini yang menjadi lakonan terakhirnya. Filem itu masih dalam proses suntingan. Sepatutnya, semalam kami mulakan penggambaran 17 Puasa, tetapi ditunda selepas Rab dimasukkan ke hospital.

"Sehari sebelum meninggal dunia, arwah sempat meluahkan kerisauan apabila penggambaran tertangguh kerana masalah kesihatannya. Saya memujuknya dan meminta arwah berehat supaya segera sihat.

"Semalam pada jam 4 petang, saya kembali semula ke hospital untuk melawat dan keadaan kesihatan arwah semakin menurun. Namun, 15 minit selepas itu arwah disahkan meninggal dunia," katanya.


Kerjaya


Filem:


Telefilem:



Anugerah dan Pencalonan



Baru-baru ini pengarah serta pelakon, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 12.30 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak.

Berita duka tersebut turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni tanah air, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar pukul 12.30 pagi pada usia 58 tahun.

“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim  dan  menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

“Maklumat awal, jenazah akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya kepada Kosmo! Online.

Untuk rekod, Mamat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Mamat turut meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan dan lima orang anak.

Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.

Antara naskhah beliau yang paling diingati ramai ialah filem Man Laksa dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Post a Comment

0 Comments