(video) “Bolehkah Muslim Bertemu Rasulullah” Warga Emas Meninggal Sejurus Tanya Ustaz Dlm Mjlis Pengajian

Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Tiada siapa dapat menduga bilakah kematian akan menjemput kita. Namun setiap orang pastinya mengharapkan ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dari Indonesia apabila memuat naik satu video seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia selepas bertanyakan soalan kepada seorang ustaz bolehkah seorang Muslim bertemu dengan Rasulullah.

Terbaring dikelilingi rakan2

Menerusi Facebook Robby Darwis, lelaki yang dikenali sebagai Hamdan Abdat telah terbaring sambil dikelilingi oleh rakan-rakan sepengajiannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut kapysen yang disertakan dengan video itu, Allahyarham Hamdan baru sahaja bertanya soalan tersebut dan khusyuk mendengar penjelasan daripada penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Muhyiddin sebelum tersandar lemah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengagumi cara pemergiannya yang dianggap sebagai husnul khatimah kerana sedang mendengar ceramah agama.

Sumber: Facebook Robby Darwis via borakdaily

Post a Comment

0 Comments