Semua orang pasti tidak terlepas dengan dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Ramai yang menggunakan cara masing-masing untuk menenangkan diri bagi mengawal emosi. Sebab itulah pentingnya ‘me time’.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita bermain buaian dalam hujan seorang diri telah menarik perhatian ramai.
Menerusi akaun tersebut, seorang pengguna TikTok @mieykicapxgaming berkongsi video memaparkan seorang wanita sedang bermain buaian seorang diri.
“Allahu semoga akak dipermudahkan segala ujian dri Allah S.W.T akak bertabah dan redha ya akak amin doakan akak ni baikbaik saja ya,” tulisnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah wanita itu dilihat bermain buaian itu di dalam hujan seolah-olah sedang menenangkan dirinya.
lihat video
“Bila keadaan tengah stres, bestnya dapat lepas pendam segala-galanya dekat pantai” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 295.9K views, 23.6K likes dan 1443 comments di TikTok. Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
sumber: says.com
0 Comments