(video) Sekumpulan Budak Teruja Dapat Duit Dari Stranger Ketika Sedang Mandi Manda


Tentu ada yang rindu zaman kanak-kanak dahulu yang jauh berbeza dengan kehidupan sekarang ini. Semasa menjadi kanak-kanak, sekecil-kecil perkara juga mampu menggembirakan hati sama seperti situasi yang dialami sekumpulan budak lelaki ini.

Reaksi teruja mereka menerima duit belanja daripada seorang lelaki yang tidak dikenali ini meraih perhatian ramai. Malah ramai juga netizen yang turut sama gembira melihatkan reaksi teruja mereka sebaik sahaja menerima kejutan itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang memberhentikan keretanya di tepi sawah. Dalam masa yang sama, turut kelihatan sekumpulan budak lelaki yang sedang bermandi manda di situ datang menghampirinya.

Rupa-rupanya, lelaki itu mahu memberikan duit belanja kepada sekumpulan kanak-kanak itu yang sedang seronok bermain. Sebaik sahaja menerima duit tersebut, mereka turut mengucapkan terima kasih dan kembali semula ke dalam sawah.

Lebih mencuit hati, reaksi teruja mereka ini turut sama membuatkan lelaki itu tersenyum melihatnya apabila seorang demi seorang datang untuk mengambilnya. Melihatkan reaksi teruja mereka ini, netizen juga turut sama terharu.

lihat video

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan pujian kepada lelaki itu yang telah menggembirakan kanak-kanak di situ. Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka semasa kanak-kanak dahulu yang pernah melalui situasi yang sama.

“Yang 1st tu suka tengok reaksi and cara dia berterima kasih.”

duit

“Rezeki untuk mereka yang mengingatkan kita zaman kecik-kecik dulu.”

kanak-kanak

“Mesti abang ni rindu masa budak-budak kan…”

komen

“Seronok depa dapat duit jajan.”

tik tok

sumber: himpunanceritalawak

Post a Comment

0 Comments