LONDON– Seorang pesara yang berusia 77 tahun, dan seorang pelajar dari Myanmar yang berusia 20 tahun sedang hangat bercinta dan merancang untuk berkahwin.
David dan Jo telah bersama salama 18 bulan dan berkata yang mereka bukan sahaja sekadar pasangan kekasih tapi lebih kepada kawan baik dan pasangan sejiwa.
Walau bagaimanapun, malangnya mereka masih belum boleh bertemu secara bersemuka. Hal ini kerana David yang juga merupakan seorang produser muzik tinggal di England manakala Jo pula merupakan seorang pelajar di Myanmar.
Namun begitu, pasangan tersebut berharap mereka dapat berjumpa tidak lama lagi dan berkahwin sebaik sahaja Jo mendapatkan visa dan pasport.
“Saya bukanlah seperti lelaki lain dan saya sentiasa mengikut kata hati. Sekiranya wujud rasa cinta dan kasih sayang antara dua manusia, kenapa kita perlu persoalkan?” kata David lapor The Sun.
Mereka dikatakan berjumpa di sebuah laman web temu janji OkCupid 18 bulan yang lalu. Kata David lagi dia dia hanya mencari profil gadis-gadis di sekitar Britain sahaja.
“Sejujurnya, saya menyertai laman tersebut untuk mencari seseorang yang boleh membantu saya dari segi kewangan untuk membiayai yuran pengajian saya.”
“Saya memerlukan wang tersebut kerana saya seorang pelajar miskin dan tidak menetap bersama keluarga. Dan secara jujurnya, saya sendiri yang menipu profil saya dengan menyatakan bahawa saya tinggal di London,” kata Jo.
Walau bagaimanapun, Jo berkata selepas mereka berdua sering berbicara dan berhubung, hubungan tersebut menjadi semakin serius.
David yang dahulunya pernah berkahwin pada tahun 1980 dan telah bersendirian selama lebih satu dekad hanya berhubung dengan dua orang wanita sahaja daripada aplikasi temu janji tersebut selepas menyertainya 18 bulan yang lalu.
Sumber: The Sun
0 Comments