(video) Kereta Kesayangan Terhumban Ke Dalam Sungai, Reaksi Sayu Pakcik Ini Buat Ramai Sebak

Setiap orang pasti mempunyai barang atau harta kesayangan yang memang sukar untuk ditukar ganti. Berkemungkinan apa yang mereka miliki itu mempunyai cerita serta sentimental value tersendiri dalam kehidupan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @aiman.paproll apabila berkongsi momen sayu sebuah kereta lama milik lelaki warga emas yang terhumban ke dalam sungai yang berarus.

Kereta kesayangan kemalangan

Walaupun hanya jatuh di pinggir sungai, namun melihat dari ekspresi lelaki itu cukup sayu dan menyedihkan kerana kereta itu adalah kenderaan kesayangannya.

Walaupun pemandu kereta iaitu lelaki warga emas itu selamat, namun keretanya habis rosak dan dimasuki air serta sampah sarap selepas terhumban ke sungai.

video1

Satu-satunya kereta yang dipunya

Dia yang cuba membersihkan kereta lamanya itu kelihatan tersenyum kelat kerana melihat kondisi kenderaan kesayangannya.

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut, kereta itu sudah digunakan oleh lelaki itu sejak @aiman.paperoll kecil lagi dan pernah beberapa kali menumpang kereta tersebut sewaktu ingin ke sekolah dulu.

Sedih tengok pakcik tu


video2

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa sebak melihat reaksi lelaki warga emas berkenaan apabila mendapati kondisi satu-satunya keretanya berada dalam keadaan sebegitu.

Ada juga yang bermurah hati untuk membantu pakcik berkenaan dan menyuarakan hasrat di ruangan komen bagi mengetahui keberadaan lelaki warga emas tersebut.

Sumber: TikTok @aiman.paperoll via ohmymedia

Post a Comment

0 Comments