(video) “Tersadai Kekenyangan” Ular Sawa Besar Berjaya Ditangkap Selepas Telan Kambing


Ular sawa sememangnya tidak berbisa namun ancamannya terhadap manusia dan haiwan-haiwan lain tidak boleh diambil ringan. 

Dengan kekuatannya membelit mangsa, ular sawa sentiasa digeruni oleh penternak-penternak haiwan seperti kambing dan ayam kerana ia boleh memakan haiwan itu dengan rakus dan sekelip mata sahaja.

Bercakap mengenainya, hari ini satu video di media sosial yang memaparkan seekor ular sawa yang berjaya ditangkap selepas menelan kambing.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Bukit Khor, Marang, Terengganu itu dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Talib Kalan di group Kambing Jamnapari Terengganu.

Menerusi video itu, beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilihat sedang berusaha menangkap ular sawa tersebut di dalam sebuah kandang. Mereka dilihat menghadapi sedikit kesukaran kerana ular tersebut baru saja menelan kambing, membuatkannya sukar untuk bergerak.

Tidak dapat dipastikan berapa ukuran ular tersebut tetapi ia kelihatan sangat besar dan panjang.

lihat video

Post a Comment

0 Comments