Pokok tiba-tiba tumbang hempap kedai dan pekerja kedai makan


Sejak semalam tular dimedia sosial sebuah video memaparkan sebatang pokok menghempap sebuah kedai makan. 

Menerusi perkongsian yang tular dilaman sosial TikTok, sebatang pokok kelihatan secara tiba-tiba tumbang. 

Kejadian dilaporkan berlaku di restoran Syafiq di Sungai Petani. Kelihatan juga seorang lelaki yang sedang membersihkan meja tidak sempat untuk mengelak lalu dihempap pokok tersebut. 

Manakala seorang lagi lelaki kelihatan tergelincir sebelum terjatuh. Difahamkan lelaki yang dihempap pokok tersebut hanya mengalami cedera ringan dan telah menerima rawatan. 

Menjengah ke ruangan komen, netizen menzahirkan simpati atas insiden yang berlaku.
@malaysianupdatenews Pokok tiba-tiba tumbang hempap kedai dan pekerja kedai makan.🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI  

Post a Comment

0 Comments